Thursday, May 31, 2007

Trilogi

Hai. nama saya chics. Saya belum menonton spiderman 3 ataupaun pirate of the Caribbeans 3 lagi. Ini adalah kerana saya tidak suka menonton bersama beruk-beruk yang suka membuat bising di dalam wayang dan benci apabila saya suka mengencing disana sini tanpa sekatan sewaktu menonton.


Trilogi yang saya berjaya tonton adalah lord of the rings dan ini adalah kerana saya chenta sama itu aragorn yang sangat bersifat kelakian dan juga harry potter kerana er..err..kerana saya pedophile? Tidak ya, ini adalah fitnah.


Berbalik kepada cerita lord of the ring tadi, pertama kali saya menontonnya ialah bersama ex saya yang agal sengal. Saya berkata dia sengal kerana dia kalau tiba waktu menonton wayang pasti akan terlupa dan tertido tanpa bangun-bagun. Selalunya saya akan terpaksa naik kerumahnya [yang ohhh penuh dengan lelaki kacak] dan menaga sambil menggoncangnya bangun. Lalu, dia tanpa gagal akan berkata " Jangan marah , Na" sambil menggelupur mandi


Sewaktu hendak menonton lord of the rings 1 itu, rintangan yang sama juga terpaksa saya hadapi. Budak botak bangun lambat lagi, tetapi saya tidak marah kerana tak sabar hendak menegok cerita yang menjadi buah mulut orang itu.


Setelah membeli nachos yang di dip dengan cheese[masa tu GSC ada jual nachos ni lagi okies] saya telah bersiap sedia dengan pergi mengencing sekali. Juga bersiap sedia memakan sedikit nachos buat bekalan.


Jeng...Tidak lama kemudia, iklan pun tamatlah dan ahaaaaaaaaaa, Lord of the Ring bermula...


Tetapi..
Tetapi..


Mengapakah ada perempuan memakai sleeveless? Bukankah patut adaorang bertelinga runcing dan bermain pedang-pedang? Tak apalah, ini mungkin adalah gimik itu.


10 menet berlalu, kenapa ada dua perempaun baring-baring atas katil sekarang? Mana pedang? Mana telinga runcing? Manaaaaaaaaaaaa.


"Awak, betul ke ni lord of the ring wak?"
"Betulla, kite gi beli lepas kelas tadik"
"Bak tiket sini cek"


Waktu siaran... betul..
Nombor panggung..betul..
Tajuk cerita..be...


Apaaaaaaaaaaaaaaaaa?



"Ini bukan lord of the rings nihh! Ni The ring!!"



"Oh bukan ke? Hehe"


Sengal tak sengal skang? Tak pepasal saya telah dipaksa menengok cerita hantu yang berusaha untuk berlakon seram


Seminggu kemudian, kami berjaya membeli tiket yang betul, tetapi telah membeli seat depan sekali. Akibatnya adalah tengkuk adalah sangat sakit. Tetapi hati saya lebih sakit kerana ex saya telah berdengkur dengan jayanya dan menjadi perhatian orang ramai.


Sejak itu, saya tidak menonton Lord of The rings dengannya lagi. Tetapi pergi menonton dengan ex-ex saya yang lain yang ehe saya sendiri pon tak ingat siapa.


Hehe.

No comments: