Friday, May 04, 2007

Rose

Hai. Nama saya chics. Nama penuh saya ialah Sharina binti Ros Kamal. Orang adalah selalu menyalah anggap bahawa nama saya sharina ros dan berbintikan kamal tetapi mereka silap. Saya yang betul. Nama penuh saya hanya sharina. Short but sweet seperti saya juga. Haha

Semalam adalah hari jadi baby. Baby disini bukanlah beerti teman lelaki atau pon bofren tetapi dianya adalah rakan sekelas saya yang nama seperti dalam kad pengenalannya ada tertulis baby. Jadi, baby telah baik hati mahu menjemput rakan sekelas makan-makan dirumahnya. Haha, saya ketawa apabila membaca sms baby kerana saya memang suka makan dan ada alasan untuk ponteng diet.

Emak baby adalah pemasak terhebat dimana saya tidak suka bolognaise tetapi bolognaise emaknye sungguhla enak sampai saya terpaksa membuka butang jeans. Dan mengkavernye dengan beg. Heeee

Akan tetapi highlight pada malam itu ialah kek coklat baby yang ada coklat tabur ala-ala serbuk habuk pensel setelah di sharp pakai sharpener yang melekat di meja. Bukan itu saja, ada stroberi juga. Ohhhhhhhhh.Saya sangat suka dan baby mahu mengambilkan saya lagi tetapi june telah berkata


"Tayah baby, apa kau ingat chics ni siti nurhaliza suka makan stroberi coklat?".


Cisss.


Maka setelah tak dapat ekstra strawberry, saya pun memakanlah kek itu [ada sesuatu yang liat sedikit] dimana tiba tiba rakan saya tia, bersuara


Tia: Eh, dalam kek dia ada bunga ros la.

Chics: Oh ye ke, patutla aku rasa ada liat.

Tia: Boleh makan ke ni?

Chics: Tah, boleh kot. Sedap je aku makan


Dengan tiba-tiba, june bersuara

"Memangla kau cakap sedap, sebab kau anak rose!"

.......................................

Kurang ajar kau june, mentang-mentang nama bapak aku ros kamal.

Cesssssssssssssssssssssssss.


Hehe, ye saya tahu entry ini tiada motif. Sekian.

No comments: