Wednesday, April 12, 2006

Gelupur

Hello, semua orang tau saya adalah menggelupur ok. Tetapi sesuatu yang menggelupur sangat telah berlaku pada hari isnin.


Adala tau, staff baru nak masuk, jadi saya sebagai seorang HR yang bertanggungjawab telah mengarang satu email kepada semua staff termasuklah board of directors. Masalah berlaku apabila saya telah mengopy paste ayat-ayat dari emel lama,yelah manala saya tahu apakah ayat ayat standard yang mereka gunakan dahulu. Jadi saya telah mengopy dari emel yg memberitahu semua orang tentang kemasukan saya ke kompeni itu yang ditulis oleh HR yang terdahulunya dan yang telah saya tambahkan komen sedikit kerana terdapat kesalahan tatabahasa [seres nyesal buat camni okkk]. Setelah siap menulis emel yang baru, saya meng-klik butang send.Akan tetapiii, disebalik menghantar emel yg baru saya telah menghantar emel yang lama dimana ia juga disertakan untuk CEO syarikat, di mana dia sangat garang dan berbulu kening tebal [ampunla kalau ade orang ofis aku baca nihh] seperti elmo.Dan yang paling celake, kemudian ade sorang budak pompuan menjerit dan bagitau


"Kak Sharina, apa you hantar dekat **** [CEO] nih?"


Heyla pompuan, kot ye pon janganla menjerit. Rilex boleh tak?Aku menggelupur sorang cukupla, janganla kau menggelupur sama di samping menambahkan kegelupuran aku pulak. And, sebenanye small matter je ok [ayat penyedap hati].


Tidak lama kemudian terdengar suara-suara dari manager-manager bertanyakan tentang email tersebut dengan nada-nada keji. Fuck! Jatuhla kreadibiliti saya sebagai HR yang eksyen.


Nasib baikla saya bertindak pantas lalu menulis emel menyuruh mereka-mereka tersebut meng-ignore emel sebelumnye itu [aku rasa ayat aku macam berbelit tapi takpe] namun masih tidak boleh lari dari cacian.


Maka hari ini, haruslah saya mendengar cacian dari CEO itu. Aduhhhhhhh!!

No comments: