Friday, February 24, 2006

Signal please

Ye, siapa yang cakap pompuan ni sangat complicated. Itu adalah salah ok, sebenarnye perempuan bukan sangat complicated tetapi hanyalah complicated sahaja. Takde perkataan sangat itu ok. Lepas tu kan pernah tak rasa macam pompuan ni sukela bagi mix signal. Skejap nak, skejap macam tak nak.Mana satula weyyy, make up your mind, woman. Sebenanye senang je, kalau perempuann ni nak, dia akan cakap nak but bila dia tak nak, macam-macam jawapan yang keluar.


Friendster/Myspace.
Tempat yang sangatla common untuk mengorat sekarang. Cuma perlu browse and pilih mana yang berkenan, macam catalog ok.Lepas dah pilih, pikirlah ayat apa nak tulis. Masa nila segala sweet talking keluar. "you have the sweetest smile", "how come an angel like you are still single" atau pon puisi-puisi yang entah dari mana datang tah.Panjang dia adala lebih 300 perkataan. Tapi jadi sengal bila perempuan tu cuma balas ..


"Ok.Tq"


Wah. Sudah jelas dia tidak suka, tetapi mengapakah si dia membalas dan berkata thank you kepadaku? Mungkinkah perempuan ini bz?Takpe, cuba lagi.


"Kenapa balas sikit je?Bz? bla..bla..bla..Love you saryunk" [tolongla, sape yang tulis fancy-fancy macam ni mmg keji ok]


Mungkin lelaki itu akan mendapat jawapan..
a)What the fuck?
b)Hehe
c)Tiada jawapan.


Walaupun ketiga-tiga jawapan ini berbeza susunan perkataannya tetapi ia membawa maksud yang satu iaitu "What the fuck?". Janganlah ingat perkataan "hehe" itu membawak maksud dia sedang mengekek suka membaca mesej itu atau pun dia sedang riang ria, sebenarnya dia tak tahu hendak berkata apa tetapi masih cuba polite lalu memberikan satu sengihan keji.


Tak semua pompuan suka di puji tak bertempat. It's like, compliments are not that cheap, okess. Ini menunjukkan lelaki itu keji dan corny.


Lupakan.Cari sahaja method atau perempuan lain.


Office
Ternampak satu pompuan yang bolehla tahan kan. Setelah berjaya mengusha line dari ofismet yang lain, dapatla tau pompuan ni single.Wah, mungkin aku boleh try! Alangkah indah dunia kalau dapat sebab boleh lunch skali, balik skali. Ohhhhhhhhhhh cintaaaaaaa


Fist step, try borak dulu diselangi dengan lawak-lawak,yelah pompuan suke lelaki kelakar. Respon agak memberansangkan. Dia ketawa ketawa mendengar jokes yang sejak dari form 3 dah praktik and nampak macam interested dengan ape bende yang lelaki tu crite.Lepas dah gelak-gelak mintaklah YM ID pulak. Smooth tak?Hihi


Respon dekat YM pon ok. Apalagi, untuk lebih kiut, lelaki tu pon menggunakan ikon-ikon yang comel. Sebelah tangan dah kebas gile ok and satu keje tak siap, tapi takpe, layann. Last-last before balik keje, mintak no telefon.Malam ni bolehla calling-calling.


Pompuan tu tak bagi. Tak apa, cubalah try cara yang lain. Ajak keluar plak cakap saje-saje nak minum or tau ada satu tempat makan yang best. Tapi dia tak mau jugak. Lepas tu korang try lagi tapi lama-lama pompuan tu macam cold and macam selalu tak layan lelaki tu dah dekat YM, nak kata bz gile takde pulak status idle.

Apa yang buat lelaki tu pelik, semasa berselisih di cafeteria, pompuan tu still senyum manja and layan borak


Tidak, dia senyum bukan dia nak kat kaulah, dia senyum sebab takkanla dia nak biarkan kau senyum sorang-sorang?Kau ingat die keji sangat ke?


Lupakan. Cari sahaja yang lain.


Club.
Skali tu kan nampakla dua orang budak perempuan duduk-duduk minum di depan bar. So, lelaki tu pon start the engine, kasi warm up dulu.Alah perempuan kelab, komfem senang.Susun ayat, bagi business card dan tryla bincang pasal club apa yang hip dan happening sekarang..Ianya lagi mudah jika lelaki tersebut memegang botol corona. Pemangkin, kata orang.


Perempuan itu ketawa-ketawa bila lelaki mula bercerita karut. Untuk menghangatkan keadaan lelaki itu mula offer membelikan dia air tetapi pompuan tu tidak mahu. Try ajak dia menari, dia nak tapi kawan dia tadi mestilah ikut sekalila.Iye, dia mahu menari sudah bagus.


Akhir sekali lelaki itu bertanya "Jomla ikut I balik malam ni". Si dia tidak setuju tapi kedua-duanya berdua bertukar-tukar nombor telefon.Sebelum berlalu kedua-duanya berbalas senyuman


Keesokan harinya lelaki itu trus meng-sms pompuan tu ajak keluar tetapi setiap kali tu lah dia bagi macam-macam excuse. Demm, dah terase macam pompuan tu try mengavoidkan diri Tapi kenapala, malam tadi segala-salanya hangat? Kenapa?


Kenapa?Sebab kau awal-awal dah bagi hint nak ajak mainla bodoh.
Komfemlah kau telah dikeji.


Lupakan. Main sahaja dengan permainan yang ada.



Mana-mana pon boleh.
Tak kesahla kat mana-mana or macamana, dapat berkenalan dengan sorang perempuan. Dia mengaku dia baru sahaja dikecewakan.Dia tidak lagi percaya dengan mana-mana lelaki. Walaupun dia dalam keadaan kusut masai, lelaki tu tetap berminat.


Pompuan tu layan baik aje. Bolehla borak dekat telefon cakap bende ngarut. Kadang-kadang kuar makan, lepak-lepak and macam-macamlah.So, lelaki tu pun fikir, mungkin aku boleh merawat lukanya.Yeah, right.


Jadi lelaki pun mulalah bagi hint- hint yang komfemla, budak tadika pon boleh tangkap ok. Akan tetapi, hints itu ditepis satu persatu namun si dara pujaan masih tetap seperti dulu.Sehinggalah pada suatu hari lelaki tu betul-betul tak tahan dan meluahkan rasa hati. Mungkin dia akan berkata


a) Berkata "Give me a chance, let me make you happy again"
b) Straight pegi bagi cincin mase birthday dia and proposed.


Untuk kedua a) dan b) dia berkata "give me sometime".


Yang membawa maksud,sebenarnya


"Tak nakkkkkk!!"


Mungkin boleh cuba lagi tetapi haruslah bersedia untuk mendapat barah otak. Dan ingatlah don't ever use these keji words kelak


"Yelah, masa you boring aje carik I" ataupun
"Eleh, macamlah kau cun sangat"


Ceh, apa die la weyyy..dah sah-sahla she only wants to be friend.


Carilah yang lain. Tak elok menaruh harapan. Sandarkan pada kenangan cukuplah.


Oklah. Terpaksa buat-buat bz agar tidak menyesal di kemudian hari.
Tata.

No comments: