Thursday, February 09, 2006

Bodolaaa

Hai arnab-arnab[bunnies].Apa khabar awak semua? Saya baik walaupun hari sangat panas sekarang.


Sebenarnya saya baru pulang dari kawasan lembah pantai.Mula-mula saya pergi ke Universiti Malaya untuk menyetelkan beberapa benda. Wah, nampaknya saya sempat juga sesat disitu. Celaka, apsal banyak tempat dah berubah?Fakulti saya ada perubahan juga. Tetapi ketakutan saya pada zaidi razak masih tidak berubah. Saya masih menggelupur kalau-kalau saya bertemu dengan beliau.


Sangat best hari ini. Setelah berasa muda dan merounding UM saya pergi ke tempat yang biasa dituju sekiranya malas pergi kelas iaitu Midveli. Sangatlah best memakan baskin robin di masa waktu orang bekerja sambil berjalan-jalan. Seperti biasa saya telah membeli barang-barang untuk kesedapan diri sendiri. Beli punya beli saya berasa lapar dan pegilah untuk memakan tengahari.Sedang saya makan, saya pon berangan mengenai barang-barang yang telah saya beli.Sekali baru saya terperasan, barang tersebut sudah tiada di sisi saya.Menggelupurla aku skejapkan.lalu saya bangun sambil memegang beg tangan. Yelah, takkan aku nak carik tinggal beg.kang beg pulak hilang. Sekali rupanya tertinggal kat front desk. Hah, suke sbb dah jumpa, boleh sambung makan balik k.Tapiiiiiiiiii..keji sungguh org tukang kemas itu, sebabkan dia dah kemaskan kesemua spaghetti vongole itu.Wahh!! Marah


Kemudian kan, bila terasa tak tau nak buat apa, so balikla. Before balik, kenela bayar parking kan.Wah, di mana tiket parking ku? Chics memang ada satu penyakit, dia tak boleh pegang tiket parking dan dia ada penyakit imnesia tentang tempat dia memarking kereta. Celake, janganlah hilang. So kan, terpaksa buat-buat cool sambil carik tempat duduk.Dengan tenang saya membuka beg dan mencariknya. Mula-mula tenangla k, tapi dah dekat 15 menet aku carik tak jumpa..takde tenang2 lagi derr. Tapi takpe, jangan panic, kita carik alernatif lain.


Maka saya pon jalanlah kearah tempat mula-mula kereta nak masuk parking. Dengan kejinya aku berlakon sebagai kereta nak masuk dan menekan butang "press the button" untuk mendapatkan tiket. Tapi celake punya mesin, jangan kata nak keluarkan tiket, nak nyalakan lampu pon tak nak. Ceh. Series ok, untuk pertama kali saya menyesal kerana berat badan saya tidak sepeti kereta. Tau tak betapa susahnya nak berlakon. Dengan nak kaver dengan kereta -kereta yang lalu lalang lagi, nak kaver dengan pak guard lagi..mana nak berlakon jadi kereta lagi.Ingat senang ke?Hoh.


Last-last sekali, surrender jela. Dengan lemah longlai campur malu[keji gile ok] saya berjalan ke kaunter dan membayar kompaun.


Bodola. Sia-sia bayar 20 inggit Baik aku beli earring, siap boleh dapat 6 lagi.Ceh!


Anyway, happy working bunnies. Jom makan baskin robin jom?.Haha.


Pistachio with almond and caramel pecan with hot choc topping.
Uhhhh!

No comments: