Selamat pagi kepada anda semua.Hari ini hari khamis dan saya berasa sangat gembira.Ekon ofis saya masih lagi sejuk menggila tetapi saya tetap berasa gembira kerana hari ini saya akan mengambil half day. Dan esok saya akan pergi berpoya-poya sambil menenangkan fikiran bersama rakan-rakan di pulau sibu.
Bukan itu sahaja, saya juga telah berjaya memujuk En.Azwan untuk turut berpoya-poya bersama sama walaupun hanya setengah hari.Saya sendiri tidak sangka dia akan termakan pujuk rayu saya, agaknya saya ini pandai merayu. Tetapi saya juga ingin menegaskan bahawa en.azwan sejak kebelakangan ini bertambah baik dan pandai mengambil hati.Contohnya seperti semalam.Semalam saya telah dilanda angin taufan setelah bercakaran dengan ibu saya hanya kerana setin baked beans. Mood saya terus hilang dan telah merajuk kepada diri sendiri tanpa disedari oleh sesiapa pun. En azwan telah memujuk saya dalam perjalanan ke rumah rakannya.Setelah berjanji untuk penyambung percintaan setelah sampai di rumah, dia meletakkan telefon.Tetapi 10 minit kemudian dia menelefon kembali.Saya pun bertanya kenapa. Dia berkata dia sedang memandu tiba-tiba dia terpandang pemandangan di luar.Semasa itu awan sangat cantik kemerahan-merahan mengelilingi KLCC dan bandar kuala lumpur yang bermandikan cahaya.Lantas dia menelefon saya kerana kecantikan malam itu mengingatkan dia pada saya.Hihihihi.Memang agak getik tetapi itu tidak menghalang saya dari berguling-guling bersama selimut hijau dengan hati yang berbunga-bunga.
Nampaknya saya seperti terkeluar dari topik.Tapi tak mengapa sebab hari ini selain dari memadu asmara bersama en.azwan, dia akan menemani saya untuk mengambil offer letter di damansara.Kemudian mungkin kami akan menyambung percintaan kami. Oh, entah kenapa saya merasakan saya akan rindu kepada lelaki yang bermuka tiada perasaan ini.
Baiklah. Oleh kerana saya berasa getik dengan penulisan saya hari ini, saya akhiri karangan getik ini dengan serangkap pantun yang agak eksyen.
Indah menawan bunga seroja,
Hadiah istimewa untuk ibu,
Hari esok kalian bekerja,
Tidak diriku di pulau sibu.
Hohoho.
Sekian
Thursday, July 21, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment