Hello.Nama saya chics. Ini adalah pukul 2.40 petang sekarang dan saya masih belum mandi. Saya mahu mandi tapi mahu kemas bilik dahulu,kerana bilik saya adalah seperti sarang naga.
Naga itu telah keluar sejak semalam. Dia tidur dirumah lamanya bersama kawan dan kucing-kucing serta anjing yang disayangi. Apabila naga ada dirumah, dia suka menagakan bilik dengan meninggalakan banyak benda die merata tempat.Saya tidak boleh marah kerana walaupon dia begitu, dia suke membasuh pinggan hingaa meninggalkan bunyi yang menciutkan. Mungkin kerana axion. Saya pula tidak suka basuh pinggan, habislah calar dan kasar tangan saya yang lembut dan lemah gemalai ini [sebenarnya saya tidak suka membuat satu kerja pon :P].
Saya juga sedikit risau.Salah seekor kucing saya adalah mengalami ceret beret sekarang dan sangat upset. Dia hanya tidur sahaja. Sudah diberi makan ubat buatan sendiri itu tapi nampaknya masih sama. Marilah sama sama kita berdoa agar die cepat sembuh dan hati saya tidak gundah gulana lagi.
Ok. Saya rasa tibalah masa saya mengemas bilik dan menyiapkan diri mengemas bilik. Dan berchantek chantek.Kerana malam ini naga yang jahat itu akan pulang ke rumah.
Hihi. Saya tengah senyum ni.
Sunday, December 23, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment