Tuesday, July 04, 2006
Mengapa saya ingin jadi superman?
Hai nama saya chics. Pada hari ahad yang lepas saya dan encik ikhwan telah pergi menonton cerita Superman walaupun saya baru saja pulang dari Johor Bahru. Sungguh tak sedar diri saya itu tapi saya memang ketagih kepada keberpoye-poyean. Tetapi itu bukan pointnye.
Selepas keluar dari pawagam, kami berdua adalah ingin menjadi seperti abang Super dengan kobaran di dada walaupun saya sedar saya adalah seorang perempuan. Jadi mengapa saya ingin jadi superman?
Pertamanya sekali, kerana dia adalah kacak maka secara otomatik saya akan jadi jelita. Saya tak kesahla kalau terpaksa berpura-pura nerd ye kerana disebalik cermin mata itu ada seorang wanita yang jelita[haha]. Kedua, adalah boleh terbang itu. Imaginelah kalau saya boleh terbang. Hari-hari saya akan pergi ke Jepun sewaktu lunch untuk makan sushi dan pegi ke italy untuk makan pasta dan aha..pergi ke Jerman untuk menengok world cup. Saya juga tidak perlu risau mengenai rambut yang mengerbang kerana menurut cerita itu, walaupun abang super terbang selaju cahaya, remosnya tetap stay ok.Dan saya akan otomatik juga menjadi kool dimana ia akan menghilangkan kegelupuran saya yang wujud secara semula jadi. Superman juga adalah sangat bijak dalam menyembunyikan perasaanya. Bijak kau ye abang super.
Tetapi sanggupkah saya memakai bra diluar? Dan sanggupkah saya berpura-pura menjadi tak attention whore?
Tetapi saya tidak rasa suka Kate Bosworth menjadi Lois Lane walaupun saya cinta dia kerana dia tak cukup machola. Teri hatcher adalah lagi menawan. Dan apabila saya menjadi chics, saya rasa saya jatuh cinta kepada James Marsden @ Richard. Walaupun Richard adalah too good to be true. Maksud saya dia adalah seorang pilot. Dan dia tidak keji seperti sesetengah pilot yang konon-konon modest mengaku diri sebagai "drebar aje" dan berkata "I tak suka stewardess sebab diorang seme typical, I dah bosanla dengan diorang.I nak carik gefren yang biasa" dimana at last awek mereka adalah stewardess juga. Eh, apa ynag saya cakap ini? Sorry, adalah tidak sengaja di situ. Baiklah kembali kepada James Marsden, saya seres jatuh cinta yang kelapan kali dengan abang James[haha] kerana sangatlah kacakkkkkkkkkkkkkkkkkkk dan ohh dalam cerita itu dia penuh dengan integrity sama seperti dalam X men. Cuma nasibnya adalah malang, dalam X men dia terpaksa berebut Jean Grey dengan Wolverine dan dalam crite ini dia terpaksa berebut Lois Lane dengan Superman pula. Apalah malang nasib mu abang James. Mari dekat chics meh..Hahahaaaaaaaaa.
Penjahat dalam cerita ini ialah Kevin spacey dimana dalam American beauty dia memainkan watak sebagai seorang lelaki tua yang keji. Tapi kali ini dia bukan pengote walaupun dia alah penjahat. Lex luthor adalah sangat loyal okkkk. Walaupun awek dia sangat bimbo tetapi dia tidak pernah meninggalkan aweknya walau sekali pon.
Itulah, tiba-tiba saya tidak mahu menjadi superman kerana walaupun mempunyai super power tetapi dia adalah lonely dan helpless dalam bab bercinta. Sekali tersuka dekat bini orangla pulak. Cuma dia tak keji sebab dia tak proceedla, tengok dari jauh je and dia tau how to control himself. Nasihat saya kepada abang super, sudah-sudahla tu bang, dia tu bini orang and husband dia hensem pulak tu. Tapi yelah, abangkan orang putih, boleh je kalau nak berpoye dengan bini orang. Kata americannnnnnnnnn
Akhir sekali saya terasa saya tahu nak jadi siapa. Saya nak jadi budak kecik dalam cerita itu [aku lupala pulak siapa nama dia nehh]. Sebabnya ialah, mak saya adalah cun dan bapak adalah hensem tapiiiiiiiiiii sekali bapak betul supermanlah pulak kann. Hello, best gile bapak superman ok. Dah besa nanti boleh claim "bapak aku superman" untuk pikap hot chicas. Lepas tu boleh belaja cheesy line dari bapak suparman and blaja jadi lelaki yang berkarisma macam bapak Richard. Haaaaaaaaaaaaaa..best tak best??
Demm adalah terpanjang pula entry ini. Okla, itu sahaja ye, sekian. Dah sila taip-taip seperti bz macam biasa. Hehe.
Ohh..ohh..sebab saya sengal saya mahu membagi 1 teka- teki.
Kenapa superman pakai baju ketat?
*Budak-budak STF dan budak STAR bernama Bulat dilarang keras dari menjawab. Hehe.
This world doesn't need a savior,
neither do I - Lois Lane.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment