Monday, October 17, 2005

Repek

Jahat tau doktor dekat phileo ni.Keji gila.Orang dahla terbatuk-batuk sampai nak kluar anak tekak dia boleh la pulak tak nak bagi ubat batuk sebab dia kata sape yang pakai kad AIA talehla bagi ubat mahal-mahal sebab nanti over bajet.Kejiiiiiiiiiiiiila lu apekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk. Dokter kat seksyen 10 ni rileks je, tak mintak pon 5 ringgit.Lain kali aku bakar klinik kau, bila aku dah sehatla.


Tapi mlm tadi pegi klinik jugak.Nama dia klinik bandaran, tapi takla bandar sangat, agak usang ade. Hehe.Ok itu bukan pointnye. Pointnye ialah dokter itu baik dia amik tempreture kite, tak macam dokter siang tadik. Pastu kite ade demam campur tonsil yang bengkak. Doktor ni bagi banyak ubat.Tapi sebelum tu dia tanya "Awak pregnant ke?". Menyebabkan kite konsyes sebab adakah perut kita buncit?


Dapat MC tapi tak tau nak guna ke tak. Duduk rumah sangap. Mungkin hanya baring atas simen sebab badan rasa terbakar sambil minum 100 plus.Haa,janganla cakap orang lain kita tak puasa besok kay?Janji tauuu.Lagi-lagi ag, nanti dia marah kita sebab tak puasa.Dia garang ok, kalau korang tak caye cube try melawan cakap die, mesti kene marah. Kalau pegi opis lagi seksa sebab nanti seme org nak makan burger king. Keji kan,siap nak order aiskrim [lepas ni mesti beli aiskrim,mesti!!]


Korang buka apa smalam ye? Kita makan bubur je. Sebabnye ialah tak larat nak makan apa- apa.Kalau mak ada kan, mesti dia buatkan air barley, kasik sejuk badan lepas tu tuam kepala. Tapi mak dah pegi jakarta.Masa sampai rumah smalam rasa mcm nak menangis sebab takde sape nak cakap-cakap dengan kita dah. Rumah gelap je pulak tu.Wah, tak naklah cakap lagi.Tak sukeee..Bwek.


Lepas tu aunty Maria datang sempatla pulak perli "Haaa, tau kan rindu dekat mak?Baru terasa camane mak takde. Itula besarnye pengorbanan emak.Nanti kau jadi emak baru kau tau[--->kejila]" Kita gelak terpakse je la.Tapi rasa macam nak rotan je aunty maria sebab macam jahat.


Pening ok.Sangat.


Mak..mak kat manaa?Mak makan apa?
Balikla cepat mak..
Huk..huk..

No comments: