7.30 malam saya singgah di restoran azira untuk makan sekali semua makanan sudah habis, nasik pon dah habis. Mahu mengamuk saya ,tetapi kakak endon yang baik hati di kedai itu telah berjaya merasuah saya dengan 3 ketul kuih cara.Maka saya tak jadi mengamuk dan membeli setin sardine sambil mengadu pada mamak kedai yang saya belum berbuka. Mamak itu juga sangat baik lalu membagi free setin air.Wah, nampaknya saya amat di sayangi oleh orang-orang shah alam[termasuk yang kadang-kadang tinggal di gombak] hihihi.
Pada waktu yang sama ada orang sedang makan dengan seorang awek cun di kawasan ampang, mungkin di salah sebuah restoran thai di sana. Dia memang suka makan bersama awek cun, jadi siapa yang tak cun jangan haraplah nak makan dengan dia. Kadang-kadang saya cun maka kadang-kadang saya dapatlah makan dengan dia[haha].
Saya tidak kisah sebab saya seorang yang sporting. Walaupun sebenarnye saya kisah tapi saya buat-buat tak kisah sebab kawan-kawan lelaki saya juga ramai yang kacak dan bergaya serta mempunyai skill berpoya-poya yang tinggi. Saya rasa mugkin orang itu agak marah sekarang, jadi baiklah saya menukar topik yang lain pula.
Satu-satunya benda yang membuatkan saya menyanyi girang semalam ialah apabila emak saya menelefon dari Jakarta. Sewaktu itu dia berasa di pondok indah mall di dalam kedai nine west dan dia mahu membelikan saya beg. Saya sebenarnya mahu menyuruh dia pergi ke plaza Indonesia dan membelikan saya beg coach tetapi oleh kerana saya tidak mahu emak saya menaga jadi saya terpaksa pergegang kepada "tak dapat coach, nine west pun berguna juga". Haha saya gembira sebab kali terakhir emak saya pergi ke sana dia tidak membelikan saya apa-apa yang menceriakan sedangkan adik saya dapat dua jaket dari Hugo Boss dan Ralph Lauren. Dan bila ayah saya balik, dia mendapat baju dewa pula. Keji sungguh adik saya itu.
Pondok Indah mall tidaklah besar tetapi mereka ada menjual kasut Kate Spade dan LK Bennet.Sewaktu saya hedak membeli kasut Kate Spade, jurujual itu tidak mahu melayan kami adik beradik kerana kami tidak stylo. Tetapi apabila kami bercakap bahasa malaysia, mata jurual itu bersinar-sinar.Tetapi sudah terlambat kerana hati kami sudah hancur lebur.Maka kami berlalu selepas adik saya berkata "Oh, kedai ini kurang bermutu." dengan begitu eksyen sekali.
Kembali ke topik kegirangan, saya berasa girang atas sebab orang itu telah bersetuju mahu berbuka puasa di Chillis pada hari ahad ini. Dia ingin memesan
Ha. Nampaknya saya dah mula harus buat-buat sibuk oleh kerana masa mencemburui kita[hoho].Oleh itu janganlah bersedih kalau anda makan twisties dalam kereta hari ini kerana siapa tahu..hari ni makan twisties hari esok mungkin makan chillis.
Akhir kata, salam sayang dan tata.
No comments:
Post a Comment