Tuesday, September 25, 2007

Bazar ramadhan

Hai arnab-arnab nama saya chics. Pada suatu hari [iaitu semalam] chics telah pergi ke bazar ramadhan. Cuaca hari itu sungguh cerah dan terik.


Adalah sungguh terliur ketika itu.
Sungguh keliru hendak memilih yang mana satu.


Ya, makanan semua adalah sedap-sedap belaka.
Telah berjaya membeli ikan keli salai masak lomak tetapi mengapakah gagal mencarik sambal goreng petai? Tidakkah ada seorang pon yang mahu mengopek petai untuk dijual?
Tetapi itu bukanlah penyebabnya.


Adalah terdapat beberapa gerombolan jejaka-jejaka muda yang kacak. Sungguh kacak ohhh. Walaupun mereka kelihatan seperti hilang identiti budaya melayu dan ehem mungkin hilang arah tetapi mereka adalah sungguh menyebabkan hati chis bertukar warna ke warna merah dari dari warna pink cair.


Mereka datang berkawan-kawan sambil berbual-bual mengenai apa yang harus dibeli dengan menggunakan suara kasar mereka. Sungguh serius di dalam berpuasa [wtf?].Tetapi chics suka


Sungguh menggelatat chics itu.



Adakah terpaksa memakai cantik cantik esok untuk ke bazar ramadhan?


Tidak juga, kerana ialah anak anak ikan hanya sedap dipandang tetapi tidak sedap err..dipegang[?]


Itulah dia ujian bulan puasa. Sedap dipandang tetapi haram dimakan sebelum waktunya.


Macam sial tak entry chics kali ini? Hehe

No comments: