Friday, September 08, 2006

Tektik

Setelah gagal menjadi gigolo, rakan saya ini bercita-cita pula menjadi seorang penjual dvd haram. Dude, kenapala? Macamana kau nak ngorat awek cun kat sini lagi kalau ko jual dvd haram? Kan kita dah bersetuju bahawa awek cun hanya akan terpikat lelaki yang kacak bergaya dan kaya? Haih, macam-macamla kau ni dude.


Apa-apa pun, saya masih lagi melayan soalan-soalan beliau dapat usahanya mengorat seorang awek. Nak kata blur, aku rasa dia ni romeo habis. Nak kata tak hemsemm, aku rasa dah cukup hemsem, nak kata tak stylo pon tak jugak. Mungkin jugak kau sengal tahap maksimala dude. Tapi takpe, usaha tangga kejayaan ok.


So, di keluaran kali ini, ingin saya menulis serangkap pantun untuk beliau.


Utuh sungguh buatan cengal,
Ukiran di tempa untuk mengindahkan,
Kalau anda lelaki sengal,
Simpulan itu kan saya leraikan.


Ewah.


Perempuan Garang
Pernah cuba nak mengorat perempuan garang? Baru cakap hai dah kene maki. Jika anda berasa dengan menkatakan ayat seperti " You ni, makin marah makin cantikla" adalah sweet, anda salah. Itu bingai namanya okkkk bukan sweet. Tektik untuk mengorat perempuan garang adalah dengan berkelakuan tegas dan berkata dengan kool "kenapa nak marah-marah ni? Cakap elok-elok kan senang hati". Dengan ini kalau dia nak marah jugak lelaki tu cuba kool jugak. Jangan sekali-kali berlagak seperti roy dalam cerita gila-gila remaja atau naik hangin dan berkata "Kau ingat kau lawa sangat?" sebab tu tandanya korangla yang tak hemsem. Dahla tak hemsem tak dapat ngorat pulak. Eeeee.


Perempuan Ramai Peminat
Ungkapan "You ni cantikla", "You ni specialla" atau "Senyuman you menggodala" adalah cubaan-cubaan ynag sangat keji sama sekali. Korang ni pon, komfemla lebih sepuluh lelaki dah cakap macam tu. So, if you too, said the same words, apa yang special sangat tentang kamu ini? Be differentla. Be funny, be original . Just make her comfortable. You juga boleh menajdi seorang yang persistant tetapi jauhi perbuatan lame dan sikit-sikit nak call konon-konon tanya khaba.r Be yourself tapi kalau rasa diri tu macam tak best, lupa kan ajela. Hehe.


Perempuan Berdikari
Senang aje sebenanye nak mengorat perempaun berdikari. You don't have to worship her, just ler her be. Biarkan apa yang dia nak buat but, you can always be a good listener and hell, ko jangalah pulak nak potong line nak bercerita pasal kejayaan diri kau je. Perempuan berdikari menyampah mendengar cerita hebat lelaki seperti "Oh, my ex semua cakap I dapat puaskan diorang", "Oh, I lagi 2 tahun nak jadi millionaire", "I ni pencinta agung". She doesn't need assurance la. She just need someone to have fun and to appreciate her. And also, please, jangan tunjukkan diri anda lemah dan super menggelupur. Mereka benci. Kalau anda lemah, pergilah bergaul dengan lelaki samseng mulai hari ini.



Perempuan Mata Duitan
Senang cite, kalau korang tak de duit, lupakan. Unless, korang terrer nak menipu or you know that for sure you could give her what she wants tapi ingatlah, ini memang menempa bala namanya. Bak kata pepatah ynag mereka pegang "No money, no honey!"


Perempuan Emo.
Kadang-kadang dia seperti seorang yang berkarisma tapi kadang-kadang sekelip mata boleh menangis. 5 menet lepas tu boleh gelak-gelak. Believe it or not perempuan seperti ini tidak akan sentiasa meng-amusekan dan hehe pengalaman bercinta dengan dia adalah seperti naik roller coaster oleh itu banyak-banyakkan bersabar and ye, you will be asked the same question over and over again. Layan kan ajelaaaaa. Masa nak mengorat pon, mungkin akanmengalai beberapa pengalaman ynag mengelirukan. Satu hari layan, besok anginla pulak, lusa buat-buat tak kenal, tulat ajak tengok wayang. Apakah? Ala, kau follow aje. Nanti akan tiba satu hari yang tepat dimana it will the the right day untuk mengayat habis-habisan sehingga she will get melt.


Perempuan Awek Orang
Haih. Mengapalah nak mengorat awek orang? Tau tak ini perbuatan keji? Dah pergi bertaubat sekarang.


Perempuan Serba Serbi Hebat
Rupa cantik, kerja bagus, family background bagus, kawan-kawan semua glamer and you are just the average joe. Sungguh terasa diri seperti tungau di celah rumput but hey, have you watched hitched? Trust me, kadang-kadang perempuan macam ni masih terase unsecure dengan diri sendiri dan mencarik-carik the meaning of being happy. The way to get through their heart is, first get a stable job second have a decent personality yang tak sama dengan personality kawan-kawan dia. She might need something different sebab kalau bende yang sama apala yang thrillnye? Invite her to other world she never know, your world. [walaupun itu mungkin agak menakutkan].


Perempuan Feminist
Aha. Pernah kah anda berjumpa perempuan yang kalau boleh die nak konker semua? Macam, heyyyyyyyyyy, aku adalah tidak perlukan lelaki ok. Perempuan boleh buat segalanya. Tidak, berlakon alim dengan mengatakan hawa dijadikan dari adam adalah salah. I mean that fact is so true, undeniable tetapi takkan jalan dengan diorang ni ok. This type of woman dah sampai tahap maksima dah. Perkataan sebegitu tidak akan mendapat balasan. Even ramai lelaki berasa pompuan macam ni menjengkelkan tapi ada jugak yang tertarik. You must be someone greater than her but not showing what you have or how interesting you are. What I mean is tak payahla poyo2 kau nak tayang bmw 7 series kau ke, nak tayang kau ade rumah dekat whatsoever heights or cakap berapa gaji kau sebulan ke, just excel in your own field but bekerjasamalah dengan mereka. Perempuan yang berkarisma akan jatuh hati dengan lelaki yang berkarisma dengan syarat, lelaki itu tidak poyo dan meninggi diri.


Hehe.


Happy weekend bunnies. One hug for the weekend and another one for the days that I did not able to blog.


*Hug!!

No comments: