Thursday, September 14, 2006

Membakar dapur

Hai nama saya chics. Semalam adalah hari yang sangat penat dan melapar bagi saya. Sudah terbayang ayam masak merah yang emak saya masak yumm adalah amat sedap itu. Tetapi impian saya musnah apabila emak mengsms dengan mengatakan dia telah memakan kesemua ayam yang tinggal.


Hoh. Apakah nasib ku ini? Tapi saya telah memergi ke seven e dan membeli sekotak megi pama. Haaaaaaaaaa, adakah anda tahu apabila makan megi ini, bibir akan jadi besar seperti disengat tebuan? Ini adalah megi pama adalah sangat pedas okkk. Slurp.. slup..Pamaaaaaaaaa!


Apabila saya sampai di rumah, kelihatan sebuah periuk dengan sebuah penyenduk di atas dapur. Pemegang penyenduk itu bewarna kuning dan dibuat daripada plastik. Saya mengabaikan kedua-duan entity itu dan meletakkan di tepi sambil meletakkan cerek mekah diatas dapur. Cerek mekah adalah sangat comel ok. Sesuai dibuat bermain masak-masak dan sesuai untuk orang-orang kerdil. Tapi ini amaran, saya bukan orang kerdil ya.


Kemudian saya berasa sangat letih dan badan melekit seperti seorang pemanjat pokok rambutan. Dalam perjalanan untuk mandi, adik saya yang agak mengada telah memarah saya supaya mengeluar kereta. Saya ingin melawan tetapi tidak berdaya itu maka, keluarkan sahajalah kereta


Tetapi... Apabila saya masuk ke dalam semula, saya telah terdengar satu jeritan.


"KENAPA AWAK NAK BAKAR DAPUR NI HAAAAAAAAAAA?"


Waaaaaaaaah, emakku sedang menaga! Mengapakah??


Untuk berlakon cemas dan berpura-pura kesah saya berlari ke dapur. Wahhhhhhhhh! Api sedang marak menyala dan emak saya sedang mengetuk-ngetuk sesuatu sambil menaga. Sebenarnya saya masih tak tahu dari mana api itu datang. Adakah dari periuk atau cerek atau dari mulut emak saya yang sangat marah itu. Matilah aku kali ini. Maka akan tamatlah riwayat seorang puteri di tangan seekor naga malam ini. Ohhhhhh.


Tidakkkkkkkkkkkkk!



Saya berasa agak takut dan mahu menyamar sebagai peti ais atau perabut-perabut dapur yang lain.


Api itu memang besar sehingga menyentuh siling. Rupa-rupanya api dari cerek telah membakar penyenduk plastik itu dan mencairkan plastik. Dapat saya lihat benda meletup-letup dan berterbangan. Kalau emak saya cool, maybe she can appreciate the beauty. Like kunang-kunang in the house tetapi saya diam kerana saya tahu saya adalah dalam bahaya. Mungkin emak saya agak mood malam tadi dan mungkin juga dia rasa bersalah memakan kesemua ayam sehingga dia memutuskan untuk menaga untuk sekejap sahaja.


Tetapi ehe, mungkin dia akan menaga kembali setelah melihat wajah dapurnya yang agak macam setan bila siang menjelma.


Baik aku bersihkan dapur dan cuba membuang kesan kebakaran yang melekat dengan segera, kata diri saya semaktu memakan megi pama. Jika tidak...


Bayangkan jika rumah saya terbakar, mungkin arnab-arnab terpaksa membuat tabung untuk saya untuk membeli kasut-kasut dan beg-beg yang baru.


Hehe.


Sekian dan salam sengal.


Perut saya masih gebu sebu.

No comments: