Hi.Nama saya chics. Beberapa hari yang lepas saya mendapat panggilan telefon dari seorang kawan. Dia menyuruh saya pergi casting sebagai host bagi satu rancangan yang diterbitkan oleh syarikat abangnya. Mungkin kawan saya itu sudah hilang akal walaupun ini bukan kalii pertama dia menyuruh saya berbuat demikian. Tentulah saya tidak mahu kerana saya tidak mahu memperkotak-katikkan diri sendiri di khalayak ramai. Lagi pun saya tidak ada muka commercial, muka saya adalah lebih kearah kejawaan [oh, mungkin itu rancangan untuk org jawa]. Saya tidak mahu dikeji oleh masyarakat tambahan pula saya tidak pandai bercakap benda-benda yang berinformasi tetapi kalau ada kuiz yang berunsur keji mungkin saya agak bijak.
Mungkin anda semua pernah pergi jalan-jalan di shopping mall dan disapa oleh amoi cina dari advertising agency. Kadang-kadang amoi itu memakai skirt pendek tetpai kalau anda kurang bernasib baik, mereka akan pakai jeans. Mereka akan tulis nama dan amik no telefon. Beberapa hari kemudian, mereka akan call dan cakap anda terpilih untuk menjadi talent company mereka.Taaapiii..kene bayar macam-macam, kene beli kasut putihla..set mekap entah hape brandla..bla..bla..
Kejilah.Dahla nak suruh aku datang, lepas tu nak suruh aku bayar pulak.ceh
Tapi sebenarnya saya pernah pegi casting. Sewaktu itu umur saya 23 tahun, saya masih lagi gebu pada waktu itu[haha]. Tujuan asal kami ialah untuk memonteng kelas Software Engineering dan pergi berpoye-poye di Midveli. Tetapi salah seorang housemate saya tiba-tiba teringat yang dia sepatutnya menghadiri casting hari itu. Maka kami serumah pon pergi bersama menemaninya ke production house yang terbabit. Saya tak ingat sangat tempat itu sebab saya asyik memikirkan tenpayakki yang sedap di midveli. Dalam kesibukan saya mengoncentrate, housemate saya itu keluar dari bilik rakaman dan berjalan kearah saya.
"Brader tu suruh kau masukla"
"Tanakla, tak retila aku.Gile ape"
"Pegi jela bodo"
Abang India itu telah mula memanggil, dengan lemah saya pergi sebab housemate saya itu sudah bising. Lagipun kami menumpang teduh kereta dia, saya tidak mahu disuruh berjalan ke Midveli dengan skirt ala-ala ikan duyung itu.
Mula-mula dia berkata mereka sedang casting untuk iklan MTV. Wah, jadi Donita Roselah aku[haha]. Tetapi setelah dia meneliti saya dia berkata saya lebih sesuai berlakon iklan kereta untuk pasaran India. Apakahhhhhh maksud kata-kata abang itu? Kalau saya memikirkan sedalam-dalamnya mungkin saya akan berasa marah jadi saya buat- buat tak faham sahaja.
Saya telah disuruh supaya berlakon seperti baru keluar dari kereta dan tiba-tiba diserang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Jadi saya harus berpura-pura takut. Saya pun dengan bersungguh-sungguh berpura-pura takut bercampur malas. Abang itu berkata saya kurang penghayatan lalu dia menyuruh saya buat semula tetapi kali ini dengan bantuannya.
Oh, part ini sangatlah seram. Saya memang betul-betul takut bila abang itu datang kearah saya dengan lagak ala-ala padayappa dan muka yang sangatlah keji. Saya menjerit ketakutan apabila dia mendepakan tangannya kearah saya. Bulu-bulu yang tebal jelas kelihatan di kedua-dua belah tangannya..Dan apabila abang itu semakin hampir.. selebihnya saya tak ingat. Samada saya menangis atau abang itu berundur kerana ditendang oleh saya..
Tidak. Saya tidak dapat part itu.
Saya tak rela ternoda oleh abang berbulu
Dah pegi buat keje.Makaseh.
Tuesday, December 20, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment