Hai kawan-kawan.Nama saya chics.Kadang-kadang orang panggil saya miss sunshine kerana saya suka menyegih dan ketawa-ketawa dengan keji.
Tetapi untuk beberapa hari ini saya tidak boleh mengetawa dengan senang hati.Kadang-kadang saya duduk di bilik seorang diri dan ketawa-ketawa tiba-tiba saya termenangis.Saya sangat susah hati sekarang dan juga terasa sangat sunyi.Saya juga sudah tidak banyak mencarut kerana sudah hilang mood. Selain itu juga saya sudah hilang mood untuk membeli belah. Hari itu saya cuba menggembirakan hati dengan membeli belah tetapi hati saya meronta-ronta mau balik secepat mungkin. Saya berasa benci kepada amoi jurujual itu tanpa arah dan tujuan hidup.
Saya juga malas hendak melayan orang-orangan lagi. Kadang-kadang orang-orangan ada menelefon saya tapi saya malas hendak bercakap. Saya hanya rajin memondankan diri di dalam bilik atau pon berkawan dgn dunhill sebab ianya ada gaya, mutu dan keunggulan. Orang-orangan agak berasa risau dan selalu ajak saya berhuha atau pergi berparty.Saya sudah malas mahu berparti.Saya tidak mahu berpura-pura mesra dengan orang yang tidak dikenali lagi.
Hari-hari kerja saya di pejabat ialah menangis di dalam toilet.Tapi toilet disini best wangi dan bersih dan juga mereka pakai pewangi tangan escape.Mungkin lain kali saya boleh suruh HR saya beli pewangi tangan Dolly Girl,Anna Sui.Barulah bagai pinang di belah dua saya dan pewangi itu.Selain itu, kerja saya di pejabat ialah bz sampai kadang-kadang saya rasa seperti mahu tidur dipejabat. Kadang-kadang saya mintak kerja extra dari boss saya.Hahahahahahahaha.Ye saya pon sendiri pon tak percaya.
Berat saya sekarang ialah 35 kg. Seluar saya semua sudah longgar dan tidak melekap lagi.Saya sangat stress dengan keadaan ini tetapi tiada langkah drastik yang di ambil. Barang-barang saya juga banyak yang hilang. Saya hilang anting-anting dan pelembab bibir stila saya. Mungkin ini adalah kerana bilik saya kelihatan seperti sarang naga sekarang.
Tiap-tap malam saya berdoa pada Tuhan biarlah besok saya hilang akal atau pon amnesia. Ataupun mungkin saya tiba-tiba bertukar kepada seekor kucing.Tapi nampaknya doa saya belum dimakbulkan.
Sebenarnya saya sudah malas hendak memblog lagi. Seperti yang saya katakan, semua benda tidak lagi mengujakan saya.Mungkin saya mahu berhenti, membawa diri. Biarlah tidak ada sesiapa pun yang tahu tetang diri saya lagi.
Tiba-tiba saya berasa poyo [sebenarnya saya tipu, saya nak menangis sebenarnya].
Oleh itu biarlah saya mengundurkan diri dahulu.
Selamat hari isnin, kalau rasa stress marilah sama-sama pegi ke toilet.
Seperti biasa, saya akhiri karangan saya dengan serangkap pantun
Defense is paper thin
Just one touch and I'll be in
Too deep now to ever swim against the current
So let me slip away
So let me slip away
So let me slip away
So let me slip against the current
So let me slip away
So let me slip away
So let me slip away
So let me slip away
Sekian.
Monday, November 28, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment